Watak-watak:
Kim Jaekyung sebagai Tyka
Nam Woohyun sebagai Nam Nam
Yang Yoseob sebagai YS
Victoria sebagai Sooyeon
IU sebagai Mingi
Sooyeon berjalan mendekati sangkar hamsternya. Tersenyum dia melihat Tyka dan YS begitu aktif bergerak. Tyka seekor hamster berwarna putih kekuningan manakala YS berwarna coklat keperang-perangan.
“Kamu
berdua ni dah
lama hidup bersama,
tapi kenapa masih
tak dapat anak?”
Sooyeon mengomel sendirian.
Selepas
puas menatap kedua-dua
hamsternya, Sooyeon keluar
dari bilik tidurnya
itu.
“Tyka!
Tyka! Janganlah lari!
Tunggu aku!” panggil
YS berulang-kali sambil
mengejar Tyka mengelilingi
sangkar.
“Jangan
kejar aku! Kau
tak faham ke
aku tak suka engkau?
Pergilah, jangan kacau
aku lagi!” marah
Tyka apabila dia
terperangkap di sudut
sangkar. Tiada lagi
jalan untuknya melepaskan
diri daripada YS.
“Tolonglah
Tyka, lupakan saja
DJ yang dah
dimakan kucing parsi
tu! Aku ni
single and available,
muka aku pun
comel! Tolonglah terima
cinta aku!” YS
cuba memujuk. Dia
mula melangkah kepada
Tyka.
“Tak
nak! Aku tak
suka engkau! Jangan
dekat, kalau tak
aku jerit!” Tyka
memberi amaran. Matanya
juga mula berkaca
kerana terlalu takut.
Tiba-tiba
pintu bilik terbuka.
Sooyeon dan Mingi
melangkah masuk bersama
sebuah lagi sangkar
hamster. Di dalamnya
terdapat seekor hamster
berwarna kelabu.
“Unnie
rasa YS ni
tak sesuai dengan
Tyka, sebab tu
Tyka tak ada
anak lagi.” Sooyeon
meneka.
“Cuba
kita pasangkan Tyka
dengan Nam Nam, YS pula
kita pindahkan ke
sangkar Nam Nam.
Mungkin Tyka sesuai
dengan Nam Nam.”
ujar Mingi. Dicuitnya
badan Tyka dengan
jari telunjuknya.
Dengan
berhati-hati Sooyeon mengeluarkan
YS dari sangkar
dan Mingi memindahkan
Nam Nam ke
sangkar itu pula.
Masing-masing berharap Tyka
dan Nam Nam
dapat menghasilkan anak
kali ini. Sooyeon
dan Mingi segera
keluar dari bilik
itu bersama sangkar
YS. Sengaja mereka
membiarkan pasangan hamster
baru itu saling
berkenalan. YS hanya
mampu melihat Tyka
yang berada di
sangkar lamanya sambil
dibawa pergi.
“Tyka!
Tyka!” jeritnya sekuat
hati.
“Padan
muka kau hamster
gatal. Puas hati
aku!” bisik Tyka
sambil tersenyum. Lapang
fikirannya memikirkan YS
telah pergi. Kemudian
dia berpaling kepada
Nam Nam, hamster
itu hanya menundukkan
kepalanya. Kusut kembali
fikirannya melihat pasangan
barunya itu.
“Hah
kau!” Tyka memanggil
dengan kasar.
Nam
Nam yang terkejut
berlari untuk menyorok
di belakang roda
mainan. Ingin sahaja
dia menggigit jeriji
sangkar untuk melepaskan
diri daripada Tyka
yang pada pandangannya
seakan raksasa yang
ingin memakannya.
“Woi!
Kenapa lari?! Sinilah!
Aku tak makan
hamsterlah! Sini cepat!”
panggil Tyka. Baru
pertama kali dia
melihat hamster yang penakut seperti
itu.
Nam
Nam segera mendekati
Tyka. Takut juga
dia akan diapa-apakan
oleh Tyka jika
dia terus bersembunyi.
“Ya
makcik… Tolong jangan
apa-apakan saya…” Nam
Nam merayu.
“Kau
panggil aku makcik?!
Tua sangat ke
aku ni?! Mulai
sekarang, panggil aku
bos. Nama kau
siapa?”
“Bos?
Baik bos… Nama
saya Nam Nam.”
jawab Nam Nam
perlahan.
“Nam
Nam? Okey… Peraturan
tempat ni cuma
satu, dilarang sama
sekali menggoda aku!
Suka aku pun
tak boleh! Faham?!”
“Faham
makcik… Err… Maksud
saya, faham bos…”
Nam Nam mengiyakan.
“Bagus.
Sekarang pergilah teruskan
hidup kau, menyampah
aku tengok muka
kau lama-lama. Pergi!
Shuhh… Shuhh…” Tyka
menghalau. Bangga juga
dia dapat membuli
hamster baru itu.
Sejak
hari itu, bermulalah
kehidupan Tyka dan Nam Nam
di sangkar itu bersama-sama. Nam
Nam yang lebih
bersifat pasif seringkali
dipermainkan Tyka.
Sebulan selepas
itu…
“Unnie,
belum ada baby…”
rungut Mingi yang
menekan perlahan perut
Tyka. Dipegangnya erat
Tyka yang meronta-ronta
cuba untuk melepaskan
diri. Kurang selesa
perutnya disentuh barangkali.
“Mungkin
belum lagi, baru
sebulan. Dalam proses
berkenalan lagi agaknya…”
jelas Sooyeon, “Letaklah
balik Tyka tu, sakit dia
dipegang lama-lama.”
Mingi
dengan berhati-hati memasukkan
semula Tyka ke
dalam sangkar. Mereka
berdua kemudian beredar.
“Awak
tak apa-apa?” tanya
Nam Nam.
“Aku
ni nampak okey
ke? Senak perut
aku kena tekan.
Cepat ambilkan aku makanan,
aku lapar. Cepat!”
arah Tyka yang
sedang bengang.
Nam
Nam segera berlari
ke bekas makanan
dan mengambil dua
butir biji jagung
untuk diberikan kepada
Tyka.
“Aku
tak nak ni!
Aku nak kuaci!”
marah Tyka.
Nam
Nam berlari semula
ke bekas makanan
dan mengambilkan kuaci
pula.
“Aku
haus. Ambilkan air
cepat!” arah Tyka
lagi.
Nam
Nam segera berlari.
Kali ini dia
menuju ke penyedut
air minuman pula.
Tyka
menunggu sambil ketawa
terguling-guling. Sengaja dia
mengenakan Nam Nam
kerana dia tahu
tidak mungkin Nam
Nam dapat membawa
air kepadanya. Lama
juga dia menunggu,
namun Nam Nam tetap tidak
kembali kepadanya. Dia
segera berlari ke tempat minuman
untuk melihat keadaan
Nam Nam. Kelihatan
Nam Nam sedang
menangis di bawah
penyedut minuman. Tidak
disedarinya pun Tyka yang sedang
menghampiri.
“Hah
kau, kenapa nangis?!”
tanya Tyka sedikit
marah.
“Tak dapat
ambil air…” Nam
Nam berkata perlahan.
“Pasal
tu pun nak
menangis?! Aku saja
kenakan kau tadi.”
ujar Tyka. Kesian
pula dia melihat
hamster kelabu itu
menangis.
Tyka
tergamam. Disangkanya hamster
itu akan berhenti
menangis, sebaliknya ia
terus menangis dengan
lebih kuat daripada
tadi. Serba-salah pula
dia dibuatnya.
“Woi…
Woi… Janganlah nangis
lagi. Aku main-main
tadi, aku tak
marah kaulah…” Tyka
cuba memujuk. Namun
Nam Nam masih
mengalirkan air mata.
“Yalah…
Kau nak suruh
aku buat apa?
Aku buat! Asalkan
kau berhenti menangis.”
tanya Tyka.
“Nak
peluk…” jawab Nam
Nam perlahan sambil
tersedu-sedu. Air matanya
mula berhenti mengalir.
Dia memandang sayu
kepada Tyka dengan
matanya yang bulat
dan berkaca itu.
“Hah? Benda
lain tak boleh
ke?” Tyka cuba
mengelak.
Nam
Nam mula menangis
semula. Air matanya
berjujuran jatuh.
“Alamak… Yalah!
Yalah!” Perlahan-lahan Tyka
mendekati Nam Nam
lalu memeluknya. Terasa
hangat dan selesa
badan gebu Nam
Nam dipeluknya.
“Bos…”
kedengaran suara Nam
Nam memanggil namanya.
Tyka tersentak lalu
melepaskan pelukan.
“Lepas
ni jangan minta
peluk lagi. Yang
kau beria-ia menangis
tadi kenapa? Bukannya
aku pukul kau
pun!” marah Tyka.
“Saya
sedih…” Nam Nam
menjawab perlahan.
“Sedih?
Kenapa?”
“Sebab
saya tak dapat
ambilkan air untuk
bos. Saya cintakan
bos, saya tak
nak bos marah
dan benci pada
saya.”
Tyka
berang mendengar kata-kata
Nam Nam. Ingin
sahaja dia menumbuk
hamster itu. “Kan
aku dah cakap
dulu,jangan cuba goda
aku! Kau dah
lupa ke?!” jerit Tyka.
Kemarahannya sudah tidak
dapat dibendung lagi.
“Tapi
saya tak goda
bos, saya cuma
meluahkan perasaan saya.
Tak salah kan?”
jawab Nam Nam.
“Kau..!
Kau..!” Tyka kehabisan
alasan untuk memarahi
Nam Nam kerana
kata-kata Nam Nam
itu sememangnya benar.
Lama
juga Tyka mendiamkan
diri. Dilihatnya wajah
Nam Nam sekilas
pandang. “Comel juga…”
fikirnya. Tiba-tiba teringat
pula dia akan
perasaan sewaktu memeluk
Nam Nam,hangat dan
selesa. Perasaan yang
sama ketika dia
memeluk DJ sewaktu
ketika dahulu.
“Kalau
tak ada apa-apa,
saya pergi dulu.”
ujar Nam Nam
meminta diri. Perlahan-lahan dia
melangkah pergi.
“Nanti
dulu!” Tiba-tiba Tyka
berteriak. Nam Nam
segera berpaling kepada
Tyka.
“Ya
bos, ada apa?”
tanya Nam Nam.
Tyka
terus berlari kepada
Nam Nam lalu
melompat kepadanya. Kedua-duanya
terjatuh ke lantai
sangkar.
“Mulai
hari ini,jaga aku
elok-elok! Awas kalau
kau sakitkan hati
aku!” marah Tyka,
tetapi kedengaran manja.
“Okey,
saya sedia menjaga
bos!” teriak Nam
Nam sambil tersenyum
lebar.
“Emm…
Drop the ‘bos’,
call me Tyka…”
ujar Tyka tersipu
malu.
Nam
Nam memicit perlahan
hidung Tyka yang
hampir berlaga dengan
hidungnya. “Comellah awak
ni, Tyka… Hihi”
Pintu
bilik tiba-tiba terbuka
dan Sooyeon melangkah
masuk. Matanya terus
memandang ke arah
sangkar hamster. Tyka
dan Nam Nam
juga memandang Sooyeon.
Pandangan mereka bertemu.
“Oops…
Maaf ganggu. Teruskan…
Teruskan...” ujar Sooyeon
lalu berundur dan
menutup pintu. Kedengaran
suara gelak kecilnya
di sebalik pintu.
- Tamat -
No comments:
Post a Comment