“Stop!!!
Kamu semua ni
menyanyi ke merungut?!
Suara katak pun
lagi merdu daripada
suara kamu semua!”
teriak Ahrin. Semua
pelajar hanya menundukkan
kepala masing2.
Park Kahi sebagai Ahrin |
“Dah sebulan
kita berlatih, kenapa
masih tak ikut
tempo lagi? Vokal
jangan ceritalah, semua
ke laut!” bebel
Ahrin sambil mencekak
pinggangnya. Matanya kemudian
tertumpu kepada tiga
orang pelajar di
bahagian belakang yang
sedang berbisik sesama
mereka.
“Kau lah
ni nyanyi macam
katak, aku nyanyi
merdu.” ujar Hoya.
“Aku? Dongwoon
ni yang nyanyi
macam katak.” nafi
Seyong.
“Yalah… Aku
nyanyi macam katak,
tapi lagi merdu
daripada kau berdua.
Hahaha!” gelak Dongwoon.
Ahrin
merenung tepat ke
arah Hoya, Seyong
dan Dongwoon sambil
mengetap bibirnya. Selangkah
demi selangkah dia
mula berjalan ke
arah mereka bertiga.
Pelajar2 lain mula
berundur untuk memberi
laluan. Suasana menggerunkan
mula menyelubungi bilik
latihan itu. Semua
pelajar tahu sekiranya
jurulatih mereka itu
mengetap bibirnya, itu
tandanya dia bakal
‘meletup’.
“Merdu daripada
kami berdua? Jangan
buat lawaklah. Basic
Do Re Mi
pun kau selalu
off key, ada
hati mengaku suara
kau merdu?” sindir
Seyong.
“Apa yang
kelakar sangat ni?”
tegur Ahrin.
“Dongwoon cakap
suara dia lebih merdu dari…”
Seyong tergamam melihat
Ahrin berdiri di
hadapan mereka bertiga.
Hoya dan Dongwoon
yang belum menyedari
kehadiran Ahrin bingung
melihat Seyong yang
berdiri kaku tanpa
berkata apa2.
“Seyong, kenapa kau diam? Tertelan
gigi ke?” tegur
Dongwoon. Seyong hanya
mampu menunjuk ke
arah Ahrin dengan
jari telunjuknya yang
menggigil. Hoya dan
Dongwoon segera memandang
ke arah yang
ditunjukkan Seyong. Mereka
berdua turut tergamam.
“Dah puas
ketawa?” tanya Ahrin
perlahan.
Hoya, Seyong
dan Dongwoon hanya
mendiamkan diri. Masing2 sedang
ketakutan.
“Dah puas
ketawa belum?!” tanya
Ahrin lagi. Tetapi
kali ini lebih
kasar dan tegas.
“Daa… Daahh...
Dah cikgu.” jawab
Hoya perlahan dengan
suara tersekat2.
“Siapa cakap
suara dia merdu
tadi?”
Hoya dan
Seyong segera menujukan
jari telunjuk masing2 ke
arah Dongwoon. Dongwoon
pula memandang mereka
berdua dengan terkejut.
“Tak
cikgu… Mana ada…
Suara saya tak
merdu, suara katak
lagi merdu.” nafi
Dongwoon.
“Really? Prove
it then. Nyanyi
bahagian korus lagu
I Knew It.”
arah Ahrin.
“Sekarang?”
“Yalah… Takkan
tahun depan…”
“Okey… Ehemm..
Ehemm.. Testing… Testing..
Cubaan suara, 1 2 3…”
“Hoi! Cepatlah!
Tak payah testing,
tak ada mikrofon
pun! Cepatlah nyanyi!”
teriak Ahrin yang
mula hilang sabar.
“Okey, okey… Naega ireol
jul arasseo Uh,
niga geu namjal
mannareo gandago haesseul
ttae, wae neol
geuttae, butjapji motaesseulkka. Ireol
jul arasseo Uh,
moreuneun jeonhwabeonhoga tteul
ttaebuteo, geuttaebuteo ireol
jul arasseo… Ooh…”
nyanyi Dongwoon dengan
selamba. Sebaik sahaja
dia habis menyanyi,
bilik latihan itu
menjadi sunyi sepi.
Semua orang di
bilik latihan itu terkebil2 memandangnya.
“Ke… Kenapa?”
tanya Dongwoon yang
kurang selesa dengan
semua perhatian yang
diberikan kepadanya.
“You’ve done
a great job
Dongwoon…” ujar Ahrin
sambil menepukkan tangannya.
Pelajar lain turut
menepuk tangan dan
bersorak kepada Dongwoon.
Dongwoon pula tersenyum
bangga sambil menjeling
ke arah Hoya
dan Seyong yang
masih tergamam dengan
nyanyiannya.
“Baik semua,
latihan hari ini
sampai sini saja,
berlatih lagi di
rumah. Semua boleh
bersurai, jumpa lagi
esok.” ujar Ahrin.
Semua pelajar mula
mengemas dan beredar.
Hoya, Seyong dan
Dongwoon juga turut
bersiap untuk beredar.
“Not you
Dongwoon, saya nak
jumpa awak sekejap.”
panggil Ahrin.
“Tunggu aku
tau…” pesan Dongwoon
kepada Hoya dan
Seyong yang melangkah
keluar daripada bilik
itu. Dia kemudian
berjalan ke arah
Ahrin yang sedang menunggu
di hadapan bilik
latihan.
“Cikgu
nak jumpa saya?”
tanya Dongwoon.
“Ya. Ada
perkara yang saya
nak tanya pada
awak. Pertama sekali,
kenapa awak boleh
menyanyi macam tadi,
maksud saya menyanyi
dengan merdu?” tanya
Ahrin.
“Macam biasa?
Tapi selalu saya
dengar suara awak
macam katak tercekik
lalat.”
“Mungkin yang
cikgu dengar tu
suara Hoya dengan
Seyong. Hahaha!”
“Hoi! Hoi!
Kami dengar tu!”
jerit Hoya dan
Seyong dari luar.
“Tak kisahlah,
yang penting sekarang
saya nak awak
sertai pemilihan pelakon
utama untuk muzikal
kali ni.” tanya
Ahrin.
“What?! No!
No! No! Saya,
jadi pelakon utama?
Tak mungkin… Untuk
muzikal kali ni
Taecyeon, penyanyi terkenal
tu akan turut-serta
kan?” soal Dongwoon
kembali.
“Taecyeon? Dia masih belum terpilih
lagi menjadi pelakon
utama, jadi awak
masih berpeluang.”
“Tapi saya
tak ada keyakinan
untuk menjadi pelakon
utama, saya takut
nyanyian saya akan
merosakkan segalanya.”
“Jangan risau,
saya amat yakin
dengan kebolehan awak
selepas dengar nyanyian
awak tadi. Macam
mana kalau saya
beri awak tempoh
sehari untuk pertimbangkan
perkara ni? Kita
jumpa lagi esok.”
ujar Ahrin.
“Baik, terima
kasih cikgu.” ucap
Dongwoon lalu beredar.
Dongwoon melangkah
ke arah Hoya
dan Seyong yang
sedang menunggu di
hadapan sekolah. Cadangan
Ahrin masih terngiang2 di
dalam fikirannya.
“Cikgu cakap
apa tadi?” tanya
Seyong.
“Dia nak
aku sertai pemilihan
pelakon utama untuk
muzikal kali ni.”
ujar Dongwoon. Hoya
dan Seyong terkebil2 memandangnya
untuk beberapa saat
kemudian ketawa terbahak2.
“Kau? Jadi
pelakon utama? Hahaha!
Cukup2lah buat lawak
hari ni Dongwoon.”
ujar Hoya sambil
tergelak bersama Seyong.
“Betullah, aku tak
tipu. Cikgu Ahrin
bagi aku satu
hari untuk pertimbangkan
perkara ni.” jelas
Dongwoon.
Hoya dan
Seyong segera berhenti
ketawa.
“Maksud kau,
cikgu betul2 nak
kau sertai pemilihan
pelakon utama tu?
Kalau macam tu
kau cubalah! Peluang
keemasan ni!” ujar
Seyong cuba meyakinkan
Dongwoon.
“Betul tu,
kau nak fikir
apa lagi? Kalau
kau terpilih, ramai
pengarah dan penerbit
muzik yang akan
hadir pada hari
pementasan tu. Mungkin
kau akan dapat
tawaran kontrak dengan
syarikat2
terkenal.” tambah Hoya.
“Kau cakap
senanglah. Suara aku
tak setanding suara
Taecyeon, tak mungkin
aku terpilih.”
“Encik Son
Dongwoon, untuk pengetahuan
encik, suara enciklah yang
paling merdu masa
latihan tadi. Lagipun
manalah tahu nanti tiba2 Taecyeon
menyanyi macam katak.
By the way,
macam mana suara
kau boleh jadi
merdu tadi? Curiga
betul aku, kau
ada sorokkan mp3
player dalam baju
ke?” tanya Seyong
sambil meraba2 tubuh
Dongwoon.
“Woi! Woi!
Mana ada! Suara
aku memang merdu,
kau tak tahu
ke? Saja aku
sorokkan daripada pengetahuan
semua orang. Hahaha!”
ujar Dongwoon sambil
tergelak.
“Meluat aku
dengar. Jomlah Seyong,
kita tinggalkan budak
berlagak ni.” ajak
Hoya lalu beredar
meninggalkan Dongwoon.
“Pergilah, bolehlah aku
pergi makan aiskrim
dengan tenang.”
Hoya dan
Seyong segera berpatah-balik selepas
mendengar kata2 Dongwoon.
“Kau nak
pergi makan aiskrim?
Tak apa, biar
kami temankan, dengan
syarat belanja kami
makan aiskrim.” ujar Hoya
sambil tersenyum.
“Macam manalah
aku boleh berkawan
dengan orang macam
ni? Jomlah…” ajak
Dongwoon lalu beredar
bersama2 Hoya dan
Seyong.
Pada malam itu…
Dongwoon terbaring
di atas katil
sambil merenung ke
atas siling. Dia
masih memikirkan cadangan
Ahrin.
“Nak cuba
ke tak? Nak
cuba ke tak?
Ke cuba nak
tak? Haish… Melalut
dah aku.” ujar
Dongwoon sendirian sambil
berguling2 di atas
katil.
“Kalau aku
terpilih, popularlah aku nanti.
Nanti semua orang
nak minta tandatangan
aku, silap2 cikgu
Ahrin pun merayu2 nak ambil
gambar dengan aku.
Hihihi.” Dongwoon mula
menggigit bantal peluknya
sambil tergelak kecil.
“Tapi macam
mana kalau suara
aku sumbang masa
nyanyi nanti? Alamak,
musnahlah impian aku
nak jadi penyanyi
kalau macam tu.
Aigoo…”
Tanpa disedari,
dia terlelap di
atas katilnya.
Keesokan harinya…
“Jadi macam
mana Dongwoon? Awak
nak sertai pemilihan
pelakon utama tu?”
tanya Ahrin di
hadapan semua pelajar.
Dongwoon mula menggaru2 kepalanya yang
tidak gatal.
“Mungkin saya
tak sertai pemilihan
tu. Saya rasa
Taecyeon lebih layak
menjadi pelakon utama
muzikal kali ni.”
jawab Dongwoon.
“Tapi pada
jawapan awak ada
perkataan ‘mungkin’, bermakna
awak masih belum
pasti dengan jawapan
awak. Jadi macam
mana kelas, patut
ke Dongwoon sertai
pemilihan pelakon utama?”
tanya Ahrin kepada
pelajar-pelajar lain.
“Terima! Terima!
Terima!” sorak pelajar-pelajar lain
berulang-kali.
“Dongwoon boleh!”
teriak Hoya dan
Seyong.
Dongwoon mula
berasa serba-salah. Dia
masih teragak2 untuk
membuat keputusan.
“Okeylah! Saya
akan sertai pemilihan
tu!” teriak Dongwoon
selepas puas berfikir.
Semua orang terus
bersorak manakala Ahrin
pula mengukirkan senyuman.
“Budak mentah
ni yang nak
cuba jadi pelakon
utama? At least
carilah orang yang
lebih berpengalaman Ahrin
sayang…” ujar Taecyeon
yang tiba2 masuk
ke dalam bilik
latihan. Pelajar2 perempuan
terus berteriak memanggil
nama penyanyi terkenal
itu.
“Senyap semua!
Siapa benarkan awak
masuk ke dalam
bilik latihan ni?
Tolong keluar sekarang.
Keluar!” teriak Ahrin
tiba2.
Semua pelajar
tergamam melihat Ahrin.
Jurulatih mereka itu
kelihatan sangat marah
dan menakutkan. Taecyeon
segera memegang tangan
Ahrin dan menariknya
keluar daripada bilik
itu.
“Kau nak
pergi mana Dongwoon?”
tanya Seyong yang
menyedari Dongwoon mula
melangkah ke arah
pintu keluar.
“Nak periksa
keadaan cikgu Ahrin.”
ujar Dongwoon lalu
bergegas keluar.
“Awak nak
apa? Taecyeon, lepaskan
saya!” jerit Ahrin.
Taecyeon segera melepaskan
tangan Ahrin. Dia
kemudian memeriksa keadaan
sekitar untuk memastikan
tiada orang lain
berdekatan situ.
“Awak nak
apa? Saya nak
balik semula ke
bilik latihan.” Belum
sempat Ahrin melangkah
pergi, sekali lagi tangannya ditarik
Taecyeon.
“Ahrin sayang,
garangnya awak sekarang.”
ucap Taecyeon sambil
mendekatkan tubuhnya kepada
Ahrin.
“Jangan panggil
saya sayang! We’re
done Taecyeon, kita
dah tak ada
apa2 hubungan lagi.”
marah Ahrin sambil
menolak tubuh Taecyeon.
“Saya tahu
kita dah tak
ada apa2 hubungan
lagi, tapi apa
tujuan awak nak
budak mentah tu
sertai pemilihan pelakon
utama? Awak nak
balas dendam pada
saya? Nak sabotaj
karier saya?” tanya
Taecyeon kasar.
“Awak belum
lagi dipilih menjadi
pelakon utama, jadi
sesiapa yang layak
masih berpeluang untuk
mencuba. Apatah lagi
kalau dia lebih
berbakat daripada awak!”
jelas Ahrin.
“Okey, kalau
itu alasan awak,
saya akan pastikan
budak mentah yang
awak pilih tu
takkan berani naik
pentas lagi selepas
ni. Ingat Ahrin,
dia takkan berani
naik pentas lagi!”
tegas Taecyeon lantas
berlalu pergi.
Ahrin hanya
mampu merenung tajam
ke arah Taecyeon.
Kemarahan di dalam
hatinya meluap2. Ingin
sahaja dia membaling
kasutnya ke kepala
bekas teman lelakinya
itu.
“Jadi sebab
tu cikgu Ahrin
marah sangat masa
Taecyeon masuk bilik
latihan tadi, rupa2nya Taecyeon
bekas teman lelaki
dia.” ujar Dongwoon
perlahan di satu
sudut tidak jauh
daripada tempat Ahrin
berdiri.
Tidak lama selepas
itu…
“Dongwoon, saya sendiri
akan melatih awak selepas ini.
Saya akan pastikan
awak akan dipilih
menjadi pelakon utama.”
ujar Ahrin.
“Okey… Tapi
cikgu, boleh saya
tanya sesuatu?” tanya
Dongwoon tiba-tiba.
“Ya, tanyalah…”
“Cikgu dengan
Taecyeon pernah ada
apa2 hubungan ke
sebelum ni? Err…
Saya faham kalau
cikgu tak nak
jawab sebab soalan
saya…”
“Dia bekas
teman lelaki saya.”
jawab Ahrin sebelum
Dongwoon sempat menghabiskan
ayatnya. “Ada apa2 yang
awak nak tanya
lagi?”
“Cikgu marah
ke saya tanya
soalan tu?” tanya
Dongwoon yang mula
berasa serba-salah.
“Tak. Tanyalah
kalau awak ada
apa2 soalan lagi,
kalau saya boleh
jawab, saya jawab.”
ujar Ahrin selamba.
“Baik, cuma
satu soalan lagi.
Saya betul2 perlukan
kepastian daripada cikgu,
kenapa cikgu nak
saya sertai pemilihan
pelakon utama untuk
pementasan kali ni?
Cikgu nak gunakan
saya untuk balas
dendam pada Taecyeon?”
Ahrin terdiam
untuk beberapa ketika
sebelum menjawab soalan
Dongwoon, “Secara jujur,
saya memang yakin
dengan bakat awak.
Sebab tu saya
cadangkan pada awak
untuk sertai pemilihan
tu. Tapi selepas
saya berjumpa Taecyeon
tadi, saya berniat
nak gunakan awak
untuk balas dendam
pada dia. Tapi
itu bukan niat
asal saya, saya
betul2 yakin dengan
bakat awak.” jelas
Ahrin.
“Kalau macam
tu, saya sanggup
membantu cikgu.”
“Maksud awak?”
“Maksud saya,
kita buktikan pada
Taecyeon yang saya
bukan sekadar ‘budak
mentah’ seperti yang
dia sangka, dan
pada masa yang
sama cikgu boleh
balas dendam pada
dia.” jelas Dongwoon
sambil tersenyum.
“Awak
betul2 sanggup? Awak
pasti?” tanya Ahrin.
“Cikgu,
apa yang kita
buat ni bukan
untuk kepentingan cikgu
saja, tapi kepentingan
saya juga. Mungkin
karier saya sebagai
seorang penyanyi bermula
dari pementasan muzikal
ini. Jangan risau,
saya dah bersedia
sepenuhnya, saya cuma
perlukan cikgu untuk
membimbing saya.” ujar
Dongwoon cuba meyakinkan
Ahrin.
“Kalau awak
dah kata macam
tu… Baiklah, saya
akan bimbing awak
sehingga awak berjaya
dipilih sebagai pelakon
utama muzikal kali
ni.”
Mulai
hari itu, Ahrin
gigih melatih Dongwoon.
Dongwoon juga berusaha
keras untuk memastikan
dirinya bakal terpilih
menjadi pelakon utama
pementasan muzikal itu.
Pelajar-pelajar lain turut
memberi sokongan kepada
Dongwoon terutama sekali
Seyong dan Hoya
yang setia menemani
Dongwoon di bilik
latihan.
Hari
pemilihan pelakon utama…
“Jangan menangis
kalau tak terpilih
nanti.” sindir Taecyeon
di hadapan Dongwoon
dan Ahrin di
bilik menunggu. Dongwoon
hanya tersenyum manakala
Ahrin merenung tajam
ke arah Taecyeon.
“Oak Taecyeon,
seterusnya giliran anda.
Sila bersedia.” panggil
seorang petugas.
“Saya pergi
dulu, tak payahlah
susah2 hafal skrip,
peranan watak utama tu
milik saya.” ujar Taecyeon lalu
beredar.
“Kita tengok
siapa yang menangis
nanti…” desis hati
Dongwoon.
Selepas beberapa
minit Taecyeon kembali
semula ke bilik
latihan dengan senyuman
lebar.
“Persembahan saya mendapat
pujian, awak berdua
balik sajalah.” ujar
Taecyeon dengan bangga.
“Son Dongwoon,
bersedia. Giliran anda
selepas ni.” panggil
petugas.
“Okey, jangan
risau Dongwoon, awak
boleh! Hwaiting!” ujar
Ahrin memberi semangat
kepada Dongwoon.
Dongwoon segera
keluar mengikuti petugas
itu.
“Ahrin sayang…”
panggil Taecyeon tiba2.
“Jangan panggil
saya sayang lagi,
saya tak suka,
faham?” marah Ahrin.
“Ahrin,
kenapa awak benci
sangat dengan saya?”
“Awak tanya saya ‘kenapa’?
Awaklah lelaki paling
teruk yang pernah
saya jumpa.”
“Saya taklah
teruk sangat, saya
berani berterus-terang dengan
awak walaupun saya
ada teman wanita
lain.” jelas Taecyeon.
“Tak teruk?
Awak menduakan saya!
Itu yang teruk!
Soal berterus-terang tu
bukan persoalannya!” herdik
Ahrin.
Taecyeon terdiam.
Tiada lagi alasan
yang dapat diberikan
untuk membela dirinya.
Suasana di bilik
menunggu itu menjadi
sangat tegang. Peserta2 lain
yang datang untuk
sesi pemilihan itu juga hanya
mendiamkan diri, gerun
melihat kemarahan Ahrin.
Tiba2 pintu terbuka
dan Dongwoon melangkah
masuk.
“Macam mana?
Okey tak?” tanya
Ahrin. Kemarahannya terhadap
Taecyeon hilang begitu
sahaja.
“Entahlah, tuan pengarah,
ketua produksi dan
tuan pengetua cuma
berbisik sesama mereka.
Mereka tak komen
apa2 tentang persembahan
saya.” jelas Dongwoon.
“Itu
bermakna kau tak
terpilih budak mentah.”
celah Taecyeon tiba2. Ahrin
menjeling tajam kepada
Taecyeon. Kemarahannya kembali
meluap2. Taecyeon segera
menundukkan kepalanya kerana
takut dimarahi Ahrin
sekali lagi.
Selepas sesi
pemilihan berakhir, para
peserta yang terlibat
dipanggil ke atas
pentas untuk pengumuman
keputusan. Kesemuanya berasa
gementar melihat tuan
pengarah, ketua produksi
dan tuan pengetua
yang berada di
bawah pentas.
“Sebelum keputusan
diumumkan, saya nak
ucapkan ribuan terima
kasih kepada anda
semua kerana telah
datang untuk sesi
pemilihan pelakon utama
untuk muzikal kali
ni. Walaupun anda
semua tahu penyanyi
terkenal, encik Ok
Taecyeon akan hadir
untuk sesi pemilihan
ini, tetapi anda
berani untuk mencuba.
Tahniah semua!” ujar
ketua produksi.
“Dalam sesi
pemilihan kali ini,
kami dapat melihat
anda semua telah
berusaha keras dan
memberikan persembahan terbaik.
Tetapi, hanya seorang
sahaja akan dipilih.
Keputusan adalah muktamad.”
ujar tuan pengarah.
“Persaingan untuk
sesi pemilihan kali
ini sangat sengit,
jadi saya akan
umumkan dua peserta
yang mendapat markah
tertinggi. Dua peserta
ini sila melangkah
dua tapak ke
hadapan. Peserta pertama,
penyanyi terkenal kita
Oak Taecyeon!” umum
tuan pengetua.
“Kan aku
dah cakap aku
akan terpilih, budak
mentah…” bisik Taecyeon
di telinga Dongwoon sebelum
melangkah ke hadapan.
“Peserta kedua
yang telah memberi
persembahan yang tidak
kurang hebatnya, Son
Dongwoon!”
“Yes!!!” teriak
Ahrin dari tempat
duduk penonton. Semua orang terus
memandang kepadanya. Ahrin
tersenyum malu lalu
menundukkan kepalanya.
“Kepada peserta
lain yang tidak
terpilih, terima kasih
kerana datang, anda
boleh turun daripada
pentas sekarang.” arah
tuan pengetua.
“Oak Taecyeon,
seperti yang dijangka,
awak telah membuktikan
kebolehan awak sebagai
seorang penyanyi. Son
Dongwoon, awak pula telah mengejutkan
kami dengan kebolehan
vokal awak semasa
persembahan tadi. Ada
suatu perasaan yang
sukar untuk digambarkan
semasa mendengar nyanyian
awak. Kerana persembahan
anda berdua sama-sama
hebat, kami mengambil
keputusan untuk mengundi
peserta pilihan kami.
Dimulakan dengan ketua
produksi.”
“Saya memilih…
Oak Taecyeon!” ujar
ketua produksi. Taecyeon
tersenyum seolah2 telah
menjangkakannya.
“Seterusnya tuan pengarah.”
“Saya memerlukan
seseorang yang dapat
menyentuh emosi penonton
dengan suaranya, jadi
saya memilih Son
Dongwoon.” jelas tuan
pengarah. Dongwoon menarik
nafas lega mendengar
kata2 tuan pengarah.
“Yang terakhir
sekali saya. Oak
Taecyeon…”
“Terima kasih!
Saya akan berusaha!”
teriak Taecyeon.
“Maaf, saya
bukan nak pilih
awak, saya pilih
Son Dongwoon.” ujar
tuan pengetua. Ahrin
terus melompat gembira
seolah2 baru memenangi
loteri. Dongwoon pula
tergamam di sebelah
Taecyeon.
“Tunggu! Kenapa
budak mentah ni
yang dapat undi
tuan pengetua?! Tuan
pengetua kan tahu
kebolehan saya! Sayalah
murid terbaik semasa
saya masih belajar
di sekolah ni!”
tanya Taecyeon yang
tidak berpuas hati
dengan keputusan pemilihan
itu.
“Ya, saya
tahu awak berkebolehan,
tapi awak kena
ingat, walau sehebat
mana pun awak,
ada lagi orang
yang lebih hebat
daripada awak. Keputusan
saya muktamad, saya
tetap memilih Son
Dongwoon.” tegas tuan
pengetua.
Taecyeon terdiam.
Keputusan telah dibuat
dan dia tidak
boleh membantahnya lagi.
Tuan pengarah, ketua
produksi dan tuan
pengetua kemudian beredar
dari dewan persembahan
itu.
Ahrin segera
berlari mendapatkan Dongwoon
di atas pentas
lalu memeluknya.
“Tahniah Dongwoon!
Saya tahu awak
akan terpilih! Tahniah!
Tahniah!” ucap Ahrin
berulang-kali. Dongwoon pula
tergamam kerana dipeluk
Ahrin.
“Cikgu… Cikgu…
Boleh lepaskan saya
tak?” tanya Dongwoon
selepas terlalu lama
dipeluk Ahrin. Ahrin
tersentak lalu melepaskan
pelukan.
“Err… Maafkan
cikgu, cikgu bangga
BUDAK MENTAH macam
awak boleh terpilih.”
sengaja ditekankan Ahrin
perkataan ‘budak mentah’
itu untuk menyindir
Taecyeon.
“Ini… Ini
tak sepatutnya berlaku
Ahrin!” tegas Taecyeon.
“Dah berlaku
pun, apa kata
awak pergi balik
sekarang? Tak malu
ke duduk sini
lama-lama? Awak tak
terlibat dengan muzikal
ni. Jadi, silakanlah
beredar.” ujar Ahrin.
Taecyeon segera berlalu
pergi dengan penuh
perasaan tidak puas hati.
Selepas
sesi pemilihan itu,
keseluruhan pasukan pementasan
muzikal itu mula
berkumpul di dewan
persembahan pada setiap
hari bagi memastikan
pementasan muzikal itu
akan berjalan lancar.
Pencahayaan, bunyi dan
prop disusun sebaik
mungkin oleh kru-kru
teknikal manakala para
pelakon sibuk menjalani
latihan di atas
pentas. Sesi latihan
kali ini berbeza
buat Dongwoon kerana
posisinya kini bertukar
ke bahagian hadapan;
berbeza daripada posisi
Seyong dan Hoya
yang hanya sekadar
memegang watak pembantu.
Ahrin juga sibuk
melatih para pelakon
bagi memastikan mereka
memberikan persembahan terbaik
semasa hari pementasan
muzikal itu nanti.
Pementasan kali ini
juga amat penting bagi
Dongwoon, Hoya, Seyong
dan pelajar-pelajar lain
kerana ini merupakan
pementasan terakhir mereka
sebelum tamat belajar
di sekolah seni
itu.
Selepas tiga
minggu menjalani latihan,
akhirnya hari pementasan
muzikal itu telah tiba. Para
penonton mula memenuhi
kerusi penonton di
dewan persembahan itu
termasuklah Taecyeon yang
ingin menyaksikan persembahan
Dongwoon. Para pelakon
dan kru pementasan
juga sibuk melakukan
tugas masing2 di
belakang pentas. Selepas
pengacara majlis habis
berucap, lampu dewan
dimalapkan menandakan persembahan
bakal bermula. Dongwoon
dan para pelakon
lain telah bersedia
di belakang pentas.
“Baik semua,
berikan persembahan terbaik!
Jangan sia2kan latihan
yang kita buat
selama ini. Ingat,
anda semua berdiri
di sini kerana
anda semua berbakat,
serlahkanlah bakat anda
semua di atas
pentas nanti. Hwaiting!”
teriak Ahrin memberikan
semangat kepada semua
pelakon. Kemudian dia
mendekati Dongwoon yang
kelihatan sangat gemuruh.
“Dongwoon, tunjukkan kebolehan
awak. Saya yakin
awak akan berjaya.”
ucap Ahrin sambil
memegang tangan Dongwoon
yang sejuk seolah2 telah
beku.
“Cikgu…” panggil
Dongwoon perlahan.
“Ya, ada
apa?”
“Saya… suka
cikgu… Bukan sekadar
suka sebagai seorang
pelajar kepada seorang
guru, tetapi suka
sebagai seorang lelaki
kepada seorang wanita.”
ucap Dongwoon lalu
bergerak ke pentas
meninggalkan Ahrin yang
tergamam.
“Dongwoon… suka
aku?” ucap Ahrin
yang masih tidak
percaya dengan kata2 yang
baru didengarnya.
Pementasan muzikal itu
berjalan dengan lancar
dan jayanya. Para
pelakon telah memberi
persembahan terbaik pada
malam itu terutama
sekali Dongwoon yang
telah berjaya mendapat
tepukan gemuruh selepas
persembahan berakhir.
“Itu Taecyeon
kan? Kenapa dia
menangis?” tanya seorang
penonton kepada teman
di sebelahnya.
“Dia terharu
masa pelakon lelaki
utama tu nyanyi.
Memang merdu betullah
suara dia.”
Taecyeon segera
mengelap air matanya
selepas terdengar perbualan
antara dua penonton
itu.
“Son Dongwoon,
kau memang hebat.”
desis hatinya yang
berasa kagum dengan
persembahan Dongwoon.
Selepas segalanya
berakhir, Ahrin segera
mendapatkan Dongwoon yang
sedang berbual bersama
Seyong dan Hoya.
“Maafkan saya,
boleh saya pinjam
Dongwoon sekejap?” tanya
Ahrin.
“Nak pinjam
Dongwoon? Silakan, jangan
lama2. Hihi.” gurau
Hoya. Seyong tergelak
di sebelahnya.
Ahrin hanya
tersenyum lalu menarik
Dongwoon ke satu
sudut.
Seyong dan
Hoya hanya mampu
melihat mereka berdua
bercakap sambil tersenyum
kemudian saling berpelukan.
Selepas beberapa minit,
Dongwoon kembali semula
kepada Hoya dan Seyong sambil
tersenyum manakala Ahrin
beredar dari situ.
“Kau kenapa
tersenyum macam orang
gila ni?” tanya
Seyong.
“Mesti cikgu
Ahrin puji dia
pasal persembahan tadi.
Kan? Kan?” tanya
Hoya pula.
“Tak…” jawab
Dongwoon sepatah.
“Kalau tak
kenapa kau tersenyum
ni?” soal Hoya
lagi.
“Esok nak
pergi makan aiskrim.”
“Aiskrim? Bolehlah kami
ikut, macam biasalah,
kau belanja… Hahaha!”
ujar Seyong.
“Kali ni
kau berdua tak
boleh ikut sebab
kali ni aku
nak date dengan
cikgu Ahrin.” ucap
Dongwoon lalu melangkah
pergi.
“Date..?”
“Dengan cikgu
Ahrin..?” Hoya dan
Seyong saling berpandangan
lalu berlari mengejar
Dongwoon untuk mendapatkan
penjelasannya.
- Tamat -
No comments:
Post a Comment